Siapalah aku ini...hanya insan biasa di dunia ini, kadang kala aku dianggap istimewa, kadang kala aku tidak bermakna. Aku termasuk dalam insan yang menerima ujian yang besar di dunia ini.Namun segala dugaan dan kehidupan ini akan aku hadapi dan memang terpaksa di hadapi. Aku tetap aku




 

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Wednesday, April 27, 2016
jiwa kesunyian

apa yang aku cari dalam kehidupan ini.. hidup.. makan.. duit.. seks.. itu ini.. apa pun tiada percintaan dalam hidup aku.. aku sunyi sebenarnya.. sunyi tanpa cinta.. namun cinta ini hanyalah palsu semata mata..alamatnya aku akan merana.. bagaimana aku nak hadapi jiwa yang kesunyian ini.. menghadapi hari hari mendatang keseorangan diri.. mungkin ramai lagi insan seperti aku.. namun mereka ada housemate..aku kena berfikir sesuatu.. dari dulu lagi aku berfikir seperti ini.. berfikir untuk menghadapi kesunyian hidup ini.. ya.. aku bukanlah hot sperti dulu.. pernah aku buat entry ini.. sama saja kan.. apa yang aku inginkan dalam hidup ini.??? menikmati keindahan alam??.. kesihatan sangat penting.. sebenarnya.. kenapa aku malas untk exercise.. aku sedar aku ada kelemahan diri sendiri.. dan sikap tidak berkomitment aku ni membuatkan aku sebenarnya tidak mencapai keindahan dalam hidup ini.. badan yang cantik.. ya itu.. sport body.. then .. you akan laku.. mmm.. jadual harian sudah ku buat.. no disiplin diri sangat... kadang terasa penat untuk aktifkan diri.. ok bye

Posted at Wednesday, April 27, 2016 by kamarulizwan
komen  

Tuesday, March 08, 2016
44

Syukur alhamdulillah...aku dah dpt lulus 44... Skrg ni aku rilex dirumah aku sepatutnya mengadap tuhan supaya diri aku tenang dan sentiasa menjaga kata tutur aku ...aku sebenarnya jiwa bercelaru dalam menghadapi hari hari yang mendatang...kadang dalam kehidupan ini tanggungjawab...musibah dan juga kesenangan adalah ujian darinya...aku kadang berfikir...sampai bila aku hendak sebegini...namun..ini adalah takdirnya dan ada sebaliknya dalam hal ini...ya...semua nya disebabkan aku dah lupa tuhan dan dia turunkan bala pada aku supaya aku kembali kepadanya namun sekarang aku merasakan hati aku telah hitam...tidak baik dan hipokrit.....syaitan membelenggu aku...dan harini aku penat dan aku perlu kontrol makan dan banyak berehat...aku sudah tua bukannya muda lagi..kalau ada aruah ibuku aku merasakan pasti dia menderita...patut la tuhan mengambil nyawa dia...dan tuhan mengambil nyawa aruah bapaku untuk ibuku menjaga nenek ku...semuanya ketentuan tuhan dan Dia sudah aturkan percaturan kehidupan dengan begitu baik sekali...

Posted at Tuesday, March 08, 2016 by kamarulizwan
komen  

Saturday, March 05, 2016
Kerja dan diri ku

Kadang aku merasakan aku bukannya seorang pekerja yang bagus.. aku tidak sihat harini dan aku sangat malas untuk melakukan kerja.. tapi kugagahi jua untuk melakukan kerja.. kalau ikutkan niat jahatku ini nak ja aku ambil MC untuk kedua hari walaupun hari ini hari sabtu.. Namun.. entah lah.. kadang aku fikirkan rezeki tuhan tu tidak hanya pada sesuatu.. tetapi pada benda lain.. mungkin pada apa yang aku ada.. kesenangan aku dalam menyelesaikan dan menghadapi hidup ini dan mungkin benda yang aku tidak tahu tetapi orang lain tahu dan menyemburui aku... entah la.. aku akui aku bukannya good worker.. aku bila tengok orang lain maksud aku officemate aku mereka lebih menjiwai dan lebih berkarektor seorang guru... dan aku.. seperti mana orang yang baru mengenali aku.. mereka tidak menyangka aku seorang cikgu.. sebaliknya mereka menyangkakan aku mungkin keja lain... kalau cikgu jiwanya sudah seorang cikgu..perwatakan .. cara bercakap.. dan dressing nya seorang cikgu.. dan aku.. kalau ikutkan mereka tidak mengakui dan kadang terkejut bila aku seorang cikgu.. OMG.. so what i want to say is.. IM not a good teacher.

Posted at Saturday, March 05, 2016 by kamarulizwan
komen  

Monday, February 29, 2016
Gym

Si azam sudah ready untuk mendaftar gym...dan aku pun terikut dengan dia...dan kita org seminggu tiga hari akan ke gym ...mmmm body aku masih lagi macam tu...lagi kuat makan ada la...tapi ok la....dah dua minggu...aku sebelum ni lite lite ajo...tapi entah la...penat la...sado?...huhuhu

Posted at Monday, February 29, 2016 by kamarulizwan
komen  

Saturday, February 20, 2016
ibu bapa yang concern

Harini aku ada perjumpaan dengan ibu bapa budak aku, dan aku menjawab soalan soalan yang berkaitan dengan masalah pembelajaran dan agak tegang juga la dengan persoalan dan jawapan yang perlu di jawab.. namun aku terima keadaan itu kerana aku tahu mereka concern pada pembelajaran anak anak mereka.. Ok lepas ni aku akan berikan kerja yang lebih kepada mereka untuk mereka siapkan...sebelum ni aku bagi lebih mereka tak siapkan.. jadi aku kurangkan bilangan kerja.. bila bilangan kerja berkurang mak bapak bising anak tak belajar.. ok ... jangan risau.. kita sama sama concern ya bapak bapak.

Posted at Saturday, February 20, 2016 by kamarulizwan
komen  

Friday, February 19, 2016
Tempat yang tiada kepentingan

Tempat aku duduk sekarang ni setiap tahun akan mengalami gangguan bekalan air.. penyebabnya adalah ammonia.. setiap tahun ... mungkin aku tidak mengetahui perkara sebenar.. tapi sesudah setiap tahun.. tiada ker tindakan yang di ambil untuk mengatasi ammonia tu.. bila telefon tidak dapat berbuat apa apa sebab bukannya bahagian teknikal.. bila suruh sambung bahagian teknikal.. tergagap gagap tiada talian sambungan.. kesimpulannya setiap awal tahun kena hadapi lah dengan karenah ammonia ni..aku boleh ja hadapi semua ini dan aku boleh kerumah kawan kawan untuk mandi.. tapi yang bekerluarga tu.. menunggu lori air, berkemban itu ini... aku tidak salahkan lori air tu.. tapi pihak jabatan yang berkenaan tu dah setiap tahun alasannya adalah sama iaitu ammonia .. tiada ke problem solving untuk benda ammonia tu..mungkin kawasan aku ni tiada orang berpengaruh.... tiada orang yang betul betul berkuasa.. setakat yang aku tahu penyelesaiannya kena tunggu hujan.. cuaca di malaysia ni awal tahun akan musim kemarau.. so hadapilah dengan karenah ammonia ni.. aku harap ceo puspel kuala langat ni tiada bekalan air tiga hari dirumahnya.. tapi tak mungkin lah.. tentu dia duduk di tempat tempat yang tak akan alami gangguan bekalan air.. kalau tiada pun mungkin sekejab disuruh pekerjanya settlekan 24 jam..choii

Posted at Friday, February 19, 2016 by kamarulizwan
komen  

Wednesday, February 17, 2016
Kerja ku

Ya ... hari ini aku mengalami kesedihan berkenaan kerja aku.. namun aku masih lagi tersenyum untuk menunjukkan tiada apa apa yang berlaku.. aku sebenarnya tidak berfokus dalam sesuatu bidang.. banyak cabang yang ada dalam pekerjaan aku.. bukan berfokus pada suatu bidang.. dan aku merasakan kekalutan, kesibukan dan agak fizikal dalam kerja aku.. aku bosan dan aku penat dengan kerja aku.. namun aku tidak dapat menjalankan kerja aku dalam 100%.. aku tidak menyalahkan diri aku tetapi kerja aku yang terlalu banyak cabang .. dan aku meluat semua itu..setiap tahun ada je benda baru yang perlu di pelajari..masih tidak berasa alam zone selesa.. ya kadang aku merasakan kerja jaring sebelum ini lagi rilex daripada keje aku sekarang..penat yang melibatkan fizikal.. bukannya mental.. entah la.. kadang berfikir.. bagaimanakah untuk aku mencari kerja lain.. namun hakikatnya waktu keje aku sekarang sangat flexible.. entah lah .. aku pun tak tahu namun aku mengakui.. tuhan memberikan yang terbaik pada diriku... kesemuanya kerana Dia menyayangi diriku..

Posted at Wednesday, February 17, 2016 by kamarulizwan
komen  

Monday, February 15, 2016
Aku yang sudah tua

Ya...umur ku sekarang akan mencecah 36 tahun...dan aku dah nampak tua...tiada yang menarik pada diri aku...kadang aku merasakan aku sudah tidak mampu untuk memeriahkan dunia yang oenuh dengan keseronokan ini...apa yang aku fikirkan adalah tentang diri aku sendiri...kepuasan aku sendiri makan apa yang aku nak makan dan menikmati kehidupan ini...aku sedar tuhan menguji aku dengan apa yang aku alami dan juga dugaan ini aku hadapi...aku memenuhi keinginan aku untuk pergi ke bukit broga...dan aku pergi dgn kekwan aku...puas hati ...so wish list aku adalah cabel car langkawi...dan juga canopy walk taman negara...huhuhu...namun rezeki merasakan bagaikan ada ker...kalau ikutkan tahun ini aku akan naik 44 ...namun aku rasa seperti sangkut saja...duit yang abang aku pinjam pun macam x nampak ja....ok back to the permasaalahan aku...ya aku dah tua...dan tiada yang membanggakan diri aku lagi...sedih...kehidupan ini aku hadapi sendiri...kadang kalau cukup rehat...makan tidur...aku terasa bebas menikmati hidup ini...apapun...aku jalan ja... Kalau aku sudah tidak laku...aku perlu menerima hakikat dan perlu memikirkan diri aku sendiri iaitu menikmati alam dan penandangan yang cantik.

Posted at Monday, February 15, 2016 by kamarulizwan
komen  

Wednesday, February 10, 2016
Perasaan bercerlaru

Minggu ni aku cuti seminggu sempena raya cina... pada selasa aku ke tempat yang aku wish list iaitu pantai klebang... ya.. aku berpuas hati walaupun hanyalah aku sendiri yang pergi... dan harini aku melihat bekas pensyarah matrikulasi aku si Muzaamir pergi ke Bangkok untuk menonton konsert madonna... ya.. aku memang meminati madonna sejak aku sekolah menengah lagi.. hingga lah sekarang.. mmg plu minat madonna.. mostly la.. tapi konsert nya di bangkok mungkin aku terlepas.. dan paling hampir dengan malaysia adalah singapore.. pada 28 ni... lagi dalam 20 hari lagi.. ada benda yang aku merasakan susah untuk aku mengejari impian aku ini.. kerana hanya aku dikalangan member aku yang meminati madonna.. mereka semua x minat.. ada ker plu lain yang minat madonna.. mungkin kelompok aku ni x luas.. maksud aku media sosial aku ni x ramai menjadi member aku hanya sekitar 200 orang saja. entah la.. mmemang aku merasakan aku ni seorang yang penakut dan tidak adventure... tidak berani dan tidak sukakan cabaran dalam kehidupan.. mungkin kerana aku ni seorang yang disogokkan untuk dengan kesemuanya.. tidak berusaha untuk mengecapi sesuatu.. easy and lazy.. Ok fine.. cuba be realistik.. kos... untuk ke singapore.. tiket, passport.. perjalanan.. dan aku tiada member.. sekarang ni aku baru sedar untuk aku memenuhi keinginan aku hanyalah aku sendiri yang bergerak.. mengharapkan siapa lagi.. mungkin aku ada scandal aku yang meminati madonna tetapi aku merasakan dia hanya kerja promoter ( berlagak kah aku )...apa plan aku sebenarnya.. its all about money.. ya bulan januari aku banyak duit melebur disebabkan bayaran cukai pintu .. cukai tanah.. service kereta.. dan bulan ni aku membeli sofa harga 4000 ... filter air.. tapi memang aku memerlukan benda itu untuk kepuasan dan keselesaan aku...dan aku tidak menyesali dengan pembelian aku itu.. dan sangat berpuas hati..

Posted at Wednesday, February 10, 2016 by kamarulizwan
komen  

Saturday, January 30, 2016
update kehidupan

Tahun baru... januari.. hidup aku sentiasa sakit.. dari satu ke satu yang aku alami.. aku sentiasa hendak menjaga kesihatan namun entah lah... aku pun tak tahu..( malas ) duit.. bulan januari ini melayang itu ini.. entah lah.. orang kata tahun baru kita kena buat azam baru.. so apa azam baru aku tahun ini.. disebabkan aku berfikir tahun ni ada kenaikan gaji dua kali.. aku hendak travel mana mana tempat yang aku nak pergi dan belum pergi lagi.. sebab apa ...duit buat apa ko nak simpan banyak banyak kan ( sedangkan x de duit pun sebenarnya ).. mungkin rezeki akan hadir daripada pinjaman abang aku sebelum ini dan juga kenaikan gaji aku tahun ini.. aku tahu punca aku sakit adalah disebabkan aku kurang minum air dan cuaca bulan januari ini terlalu panas... panas sangat.. elnino katanya.. aku dah beli filter air untuk diminum supaya air aku lebih sedap untuk di minum.. itu adalah apa yang aku hendak.. keduanya aku dah tukar sofa aku sebab sofa lama dah x sedap duduk... sofa aku harga 4200.. ambik ko... x terfikir sebelum ini untuk beli sofa semahal ittew... apa pun ini untuk aku nak sedap duduk kann... entah lah.. so azam aku.. kemana kita ni??walau macam mana pun aku nak settlekan hutang aku itu ini dulu sebabkan aku berbelanja sakan kan... untuk travel kena duit.. maksud aku kad kredit aku tu la.. namun skrg ni aku main jalan ja hidup ini kerana bagi aku .. aku gunakan je duit yang ada ... simpan pun sikit je kot..berserabut kepala otak aku sekarang ini.... so tempat pertama aku nak pergi adalah melaka pantai klebang..( vogue kan tempat aku nak pergi )... sangat macam hampeh... tapi ikut suka aku la sebab aku nak pemandangan yang menarik..rilex dan santai..

Posted at Saturday, January 30, 2016 by kamarulizwan
komen  

Next Page